Bila berjauhan dan tidak pula punya pendapatan yang bergaji bulanan. Cuma sekadar elaun belajar shaja..terasa benar kesusahan hidup ini..tapi sungguh tak tergamak aku nak bandingkan kesusahan hidup dengan kesenangan orang lain tetapi menunduk fikirkan tentang kesusahan dan cabaran perit insan-insan lain yang lebih terkesan dan berparut di dada..
Aku terus terkenangkan mak di Malaysia di Kuantan..mak bukan muda lagi dan bukan sihat sangat badan mak, selalu sakit-sakit tambahan pula mak ni kecil sahaja orangnya tapi sangat manis dan comel dengan lesung pipitnya..kenangkan wajah mak je buat aku senyum..bahagia ada ibu sekuat dan setabah mak! Mak kerja kuat seumur hidup tak pernah kenal lelah tak pernah hidup bermewah tapi tetap tidak pernah merungut dengan hidupnya..tetap teruskn hidup..walapupun sakit mak tetap kuat semangat untuk bekerja..mak selalu sakit..ada je sakit menyinggah..besar sungguh ujian mak..aku tertanya-tanya dimana mak beli ketabahan dan kekuatan yang sungguh luar biasa itu ?!!
Bila aku pandang abang aku ketika aku pulang ke Malaysia yang punya isteri dan anak-anak mahu aku katakan padanya dia.. “along sayang family along anak-anak along kerja keras penat lelah sedaya upaya penuhi permintaan anak risaukan tentang masa depan anak-anak, tak sampai hati hampakan permintaan bukan-bukan anak-anak..along tahu tak mcm mana kuat dan sayang nya along pada anak-anak macam tu la sayang nya kuat nya kasih mak pada along !! macam tu la rasanya rindunya kasihnya pada along..jangan sampai mak dah tak ada baru along nak balas rasa tu..” tapi..siapa aku untuk berkata begitu? Aku fikir boleh mengundang mudarat hubungan kekeluargaan..jadi cukup la biar la aku sedar dan beringat selalu tentang hakikat itu..ya Allah jangan Kau tarik sedar aku tentang kasih mak aku yang terlalu besar ini..ameen..
Bila aku terkenangkan abang aku yang tiga tahun lebih tua dari aku..hati aku terasa sayu dan bagaikan rasa sebak tidak pernah berpisah dengan air mata..berjumpa dan berpandangan dengannya membuatkan aku rasa marah geram seolah benci dan rasa kecewa..kenapa kau pilih jalan tu wahai abangku ?? kau tahu derita nya bahayanya jalan itu tapi kau berani untuk campakkan diri kau dalam hidup itu..di mana silapnya? Salah siapa?Tapi aku tetap bersyukur terutama abang aku yg kedua dan adik aku tetap sentiasa ceria dan menghiburkan hati aku..mereka sentiasa ada dengan aku..mereka dan ibu antara sumber kekuatan aku tuk teruskan hidup tanpa terlalu memikirkan payah jerih hidup ini..aku tahu mereka berharap sangat aku lekas tamat belajar dan bekerja moga-moga dapat membantu dan menjaga keluarga terutama nya mak..
Gurauan mereka buat aku rindu sangat dengan arwah abah..tiada hari berlalu tanpa aku rindukan arwah abah dan terkadang aku terfikir apa yang akan berlaku jika abah masih ada..adakah segalanya berubah? Adakah abah akan kecewa? Gembira? Sedih? Yang pasti abah mesti nak datang ke London tempat aku belajar..abah hebat malah bahasa inggeris abah jauh lebih baik dari aku..abah buat segalanya untuk kami dan untuk aku pelajaran la yang paling abah usahakan..alhamdulilah berkat usaha abah dan doa mereka serta izin Allah..aku berada disini..aku masih ingat bau abah..masih ingat gurauan abah yang buat aku tersenyum seorang..ya Allah..ampuankan dosa abah..permudahkanlah urusannya di sana..
Bila aku fikirkan tentang mereka..tentang hidup aku..mereka..ikatan persaudaraan dan kasih sayang ini aku sangat bersyukur..mungkin aku banyak kurangnya mereka banyak kurangnya..kami banyak kelemahan dan bagaikan tak terpisah dengan kesilapan namun aku sesungguhnya amat bersyukur dikurniakan mereka dalam hidupku..mereka tidak pernah punya hasad mengambil kesempatan atau membenci tetapi sentiasa bergembira berbahagia dengan keadaan aku..tidak ada meminta-minta atau mengharap apa-apa..mereka sangat berlapang dada denganku..ya Allah mereka sentiasa risau dan berdoa untuk aku..aku memang sesungguhnya sangat bertuah ! biar kecil rumah kami biar daif material kami biar kosong dompet kami tapi terisi dengan bahgia anugerah dari Allah..kerana ada kenalan aku yang sungguh sempurna lengkap material dan keperluan hidup tapi jiwa mereka dan keluarga mereka sentiasa lapar dan dahaga..ya Allah mohon di jauhkan..
Terima kasih atas rasa dan nikmat syukur ini ya Allah..
si pengemudi hidup,
31.03.2015
nota:coretan ini telah berusia hampir setahun namun aku sekadar simpan tetapi hari ni aku terpanggil untuk post coretan ini sebagai sebahagian ingatan perjalanan hidupku..tahun lepas aku pulang ke Malaysia tapi tak berkesempatan berjumpa salah seorang abangku..rindu..tertanya-tanya..cuma mampu berdoa moga Allah pelihara dia..