Dua tiga hari ni aku tak boleh
nak tumpukan perhatian aku pada pelajaran. Seolah ada yang menganggu. Aku tidak
pasti dimana silapnya. Aku salahkan tekanan dan cabaran perjalanan pelajaranku.
Aku cuba leraikan dengan betekad untuk fokus. Namun bila aku bangun pagi kerap
diserang dengan migraine dan kesihatan selalu tidak mengizinkn.
Aku buntu kenapa aku seolah-olah
terumbang ambing. Aku dalami dan aku merasa sungguh sepi yang begitu luar biasa!
Aku rasakan hidupku sungguh kosong. Aku cuba mengisi kekosongan ini dengan cuba
mencari tuhan. Aku sedar hakikat bahwa tuhan bukan untuk dicari pada ketika
susah tetapi pada setiap masa!
Aku tersentap ketika membaca satu
post yg dishare (lupa dari mana post itu) menyatakan jika kita merasa koong dan
sepi itu bermakna kita punya dosa terhadap Allah kerana itu kita tdak tenang. Ya
Allah ! Sungguh terkesan ! Aku mencari-cari dalam dilema aku melakukan
kesilapan dan dosa serta lalai. Ya Allah !
Kali ni aku benar-benar mahu
nekad mencari dan mengisi hati aku supaya dosa-dosa aku terbuang dan aku
terhindar dari melakukan dosa lagi. Dosaku yang mengambil mudah atas perintah Allah dengan melakukan sekadaran sahaja, sentiasa lalai, malas untuk memoeryingkat ilmu dan keimanan diri dan sekadar melakukan amal yang sangat basic dan wajib seperi solat dan puasa. Terleka dengan dosa-dosa kecik yang melekakan. Banyak dosa yang tak terhitung olehku sendiri. Sesungguhnya aku berperang dgn iman dan
nafsu. Aku cuba melatakkan diri aku dalam majlis ilmu penuhi diri dengan ilmu
Allah agar terhindar dari dosa. Aku melakukan semua ini bukan kerana aku ingin nampak
dan kelihatan baik. Demi Allah tidak! Aku cuma mahu diri aku terarah kearah kebaikan dan terhindar daripada dosa. Kerana sesungguhnya aku sangat takut pada Allah. Namun aku sangat khuatir kerana sahabat-sahabat selalu mengatakan aku
berperibadi baik.
Hanya Allah sahaja yang
tahu..hanya Allah sahaja yang tahu..Allah menutup aib aku begitu rapi sekali ! Begitu sayangnya Allah pada ku! Allahu! aku berdengus! aku mengadu..ya Allah
apa yang telah aku lakukan selama ini? Ya Allah bantu la aku. Aku sentiasa
berdoa dimana-mana aku berada pada ketika aku ingat. Sehingga timbul perasaan
dengan izin Allah, aku sedar aku bukan sekadar perlu berdoa pada Allah untuk menghindarkan
diri daripada dosa tetapi aku perlu berusaha untuk mengelaknya !
Ya Allah isi la aku dengan Mu !
ya Allah besar dan kuat sungguh mujahadah melawan nafsu ini ! ya Allah moga aku
berubah menjadi muslimah yang aku dambakan tapi kulupakan. Ya Allah moga relung
hidup aku hanya terisi denganMu. Ya Allah aku tidak mahu hanya dengan memapar
tentang aku mencari redhaMu tetapi benar-benar ingin menjadi hambaMu yang
beriman.
Aku masih tidak mampu untuk
menumpukan perhatian aku pada tanggungjawab hakiki aku untuk belajar, sejarah
mula terimbas dalam fikiran. Kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah
aku tidak mungkin berpatah kembali namun aku perlu berusaha untuk tidak
mengulanginya lagi. Aku melihat wanita muslimah di sekeliling aku menjaga
keperibadian sebagai muslimah sejati. Aku membaca kisah muslimah-muslimah sejati
yang begitu hebat. Aku merasa sungguh takut dengan Allah, merasa malu dengan
nikmat Allah kurnikan padaku. Aku tidak mahu menjadi munafik! nauzubillah!
Ya Allah..sesungguhnya satu ketika aku begitu
tegas dan 'firm' dengan prinsip dan apa yang aku hendak lakukan. Aku tepis godaan iblis namun
semakin lama aku semakin toleransi dengan ajakan iblis dan aku semakin
fleksibel ! ya Allah apa yang telah aku lakukan ini ?! aku perlu kembali pada
fitrah diriku ! aku perlu kuat dan kental! Aku perlu berjuang menepis godaan iblis yang licik !
Aku perlu kembali pada Allah dan serahkan
diriku spenuhnya pada Allah. Memang sejak kebelakangan ini aku hanya memikirkan
perkara ini jadi aku harus melakukan sesuatu. Aku yakin Allah pasti membantu ku
! moga aku kuat dan istiqamah demiMu cinta hatiku !
No comments:
Post a Comment